Pakai gelang, cincin kesalahan tertinggi di bazar Ramadan Kelantan

Iklan
Dr Zaini (tengah) turut sama bergotong-royong menyiapkan bubur lambuk semasa program tanggungjawab korporat (CSR) bubuk lambuk semarak Ramadan 2024 kolaborasi bersama Ibis Styles Kota Bharu dan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan JKNK pada Isnin.

KOTA BHARU - Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mendedahkan pemakaian aksesori di tangan seperti cincin dan gelang menjadi kesalahan paling tinggi direkodkan dalam kalangan peniaga di bazar Ramadan di negeri ini.

Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Husin berkata, selain itu kegagalan peniaga memakai apron juga turut banyak dikesan serta tidak menutup makanan dengan betul.

Iklan
Iklan

"Ramadan tahun lepas sebanyak 216 notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

"Turut diambil ialah 200 sampel namun tiada kes keracunan makanan dicatatkan di bazar Ramadan setakat ini," katanya semasa sidang akhbar pada Isnin.

Iklan

Sebelum itu beliau merasmikan program tanggungjawab korporat (CSR) bubuk lambuk semarak Ramadan 2024 kolaborasi bersama Ibis Styles Kota Bharu dan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan JKNK.

Menurut Dr Zaini, hasil pemeriksaan bazar tahun lepas telah mencatatkan tahap kebersihan 96.2 peratus.

Iklan

Ujarnya, pada tahun ini sebanyak 66 bazar Ramadan yang akan beroperasi melibatkan 3,824 tapak niaga di seluruh negeri.

Dalam perkembangan lain beliau berkata, sempena menjelang Ramadan melalui program CSR tersebut sebanyak 500 pek bubur lambut diagihkan kepada orang ramai.

"Ia bertemakan sambut Ramadan dengan budaya 3M yang merupakan mekanisme untuk diamalkan oleh peniaga bagi memastikan makanan bersih serta selamat.

"Kami menyeru kepada semua pengusaha makanan dan pengguna mengambil cakna serta membudayakan amalan pengendalian makanan yang bersih, selamat untuk semua," katanya.

Menurut beliau, JKNK akan terus mempertingkatkan kerjasama dengan rakan-rakan strategik yang berkepentingan untuk membudayakan makanan bersih dan selamat.