Buang bayi: Polis rakam percakapan dua saksi

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Ahad (kiri), Hafezul Helmi

PARIT - Polis telah merakam percakapan dua individu bagi membantu siasatan kes buang bayi yang ditemui mati dalam parit berhampiran tapak pembinaan Hospital Seri Iskandar, di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata, kedua-dua individu terbabit merupakan pengadu dan saksi yang menjumpai bayi berkenaan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, setakat ini suspek kejadian itu masih belum dikenal pasti.

"Polis juga akan mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari premis berhampiran lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Iklan

Beliau berkata, bedah siasat dijalankan di Hospital Changkat Melintang, Bota mendapati kematian mangsa tidak dapat dikenal pasti dalam kelahiran.

"Bagaimanapun punca sebenar masih dalam siasatan," katanya.

Iklan

Penemuan mayat bayi perempuan tanpa pakaian dengan tali pusat telah dipotong itu dimaklumkan kepada polis sekitar jam 3.15 petang.

Media melaporkan, pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang kecederaan luar ditemui pada fizikal mangsa.

Siasatan lanjut kes itu dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.