Mydin anggar kerugian lebih RM50 juta

Iklan
Ameer (tengah) mendengar penerangan daripada Sayani (kiri) berhubung operasi pemadaman yang masih berlangsung di Mydin Manjoi. Ameer (tengah) mendengar penerangan daripada Sayani (kiri) berhubung operasi pemadaman yang masih berlangsung di Mydin Manjoi.
Ameer (tengah) mendengar penerangan daripada Sayani (kiri) berhubung operasi pemadaman yang masih berlangsung di Mydin Manjoi.

IPOH - Mydin Mohamed Holdings Berhad menjangkakan kerugian akibat kebakaran di Pasar raya besar Mydin di Manjoi di sini, pada Ahad dianggarkan sekitar RM50 juta.

Pengarah Urusannya, Datuk Dr Ameer Ali Mydin berkata, jumlah berkenaan membabitkan nilai bangunan yang telah dibina sejak 2012 dan barangan namun, jumlah sebenar kerugian belum dapat dianggarkan.

Ameer bersama ahli keluarganya tiba meninjau kebakaran pasar raya besar Mydin di Manjoi. Ameer bersama ahli keluarganya tiba meninjau kebakaran pasar raya besar Mydin di Manjoi.
Ameer bersama ahli keluarganya tiba meninjau kebakaran pasar raya besar Mydin di Manjoi.

Iklan
Iklan

"Matlamat pembukaan cawangan Mydin ini adalah untuk memudahkan penduduk kampung membeli barangan tanpa perlu bergerak jauh.

"Kita berasa sedihlah struktur bangunan dengan bumbung sudah tidak ada. Kosnya pula kita kena tunggu jawapan daripada bomba, jurutera, penyelaras kerugian dan sebagainya.

Iklan

"Tetapi kita janji tidak akan tinggalkan Manjoi. Apa-apa yang terjadi... kalau kita kena pecahkan bangunan ini, kita akan bangunkan satu lagi bangunan untuk Kampung Manjoi. Insya-ALLAH bangunan, duit semua itu boleh cari," katanya ketika ditemui di sini pada Isnin.

Ameer turut memberi jaminan kepada 108 pekerjanya yang terjejas selepas premis itu ditutup sementara bermula Isnin.

Iklan

"Walaupun ia satu beban ada tambahan pekerja, ia tidak mengapa kerana mereka telah berkhidmat lebih 10 hingga 12 tahun dengan kita," katanya.

Tambah beliau, peniaga kiosk dan kakitangan juga diminta bersabar dan mendengar arahan pasukan penyelamat berikutan struktur bangunan yang sudah tidak selamat dimasuki.

Antara peniaga kecil yang hadir bagi mengambil barangan mereka sambil ditemani oleh pasukan penyelamat.

"Kita faham ada hendak berniaga di musim perayaan tetapi barang niaga ada dalam (Mydin). Kalau boleh masuk ambil barang boleh berniaga di tempat lain. Keputusan itu bukan di tangan saya.

"Mereka ini banyak membantu membeli barang dengan kita. Keuntungan kita dapat daripada komuniti inilah. Kita akan cuba tengok apa yang boleh kita bantu peniaga-peniaga kecil ini," katanya.

Media melaporkan pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran yang memusnahkan sebahagian besar pasar raya Mydin yang beroperasi di Lorong Pasar, Manjoi di sini pada Ahad.

Pengarah JBPM Perak, Sayani Saidon memaklumkan pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 7.09 petang melibatkan bilik suis utama di tingkat atas pasar raya itu.

Beliau berkata, kebakaran dipercayai bermula dari bahagian bumbung dan tingkat satu yang menempatkan pakaian, barangan elektrik dan stor barangan selain berlaku runtuhan dinding pada bahagian kanan premis.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28