Batik Air Indonesia gantung juruterbang tertidur semasa penerbangan

Iklan
Laporan Sinar Harian.

JAKARTA - Batik Air Indonesia telah menggantung juruterbang dan pembantu juruterbangnya selepas mereka tertidur semasa penerbangan domestik pada Januari, menurut syarikat penerbangan komersial itu, lapor Agensi Berita Jerman dpa.

Juruterbang itu tertidur semasa penerbangan balik ke Jakarta dari Kendari selepas melepasi ketinggian penerbangan, tetapi pembantu juruterbang itu secara tidak sengaja tertidur ketika mengendalikan pesawat, kata Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional Indonesia (KNKT) dalam satu laporan.

Iklan
Iklan

"Batik Air mengambi tindakan pencegahan dengan menggantung sementara juruterbang nombor penerbangan ID-6723, di laluan Kendari ke Jakarta, yang bertugas pada 25 Januari," menurut jurucakap Danang Mandala Prihantoro dalam satu kenyataan pada hujung minggu.

Insiden itu menyebabkan kehilangan komunikasi apabila pesawat tersasar daripada laluan penerbangan yang betul dan kawalan trafik udara Jakarta tidak dapat menghubungi pesawat selama 28 minit, kata KNKT.

Iklan

Situasi itu diperbetulkan selepas juruterbang pertama terjaga dan menjawab panggilan pusat kawalan dengan mengaitkan masalah itu kepada isu radio, jelas laporan itu. Pesawat itu mendarat dengan selamat di Jakarta.

Syarikat penerbangan itu berkata, ia memperkukuh protokol keselamatannya dan menekankan kepentingan rehat untuk anak kapalnya.

Iklan

Menurut laporan KNKT, juruterbang pertama mempunyai tempoh rehat selama 35 jam manakala pembantu juruterbang yang baru bergelar bapa kepada pasangan kembar berusia sebulan, mendapat rehat 53 jam tetapi mengalami gangguan tidur.

Isterinya menjaga kedua-dua bayi manakala pembantu juruterbang turut membantu ketika di rumah, menurut laporan itu. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28