JPN Pulau Pinang sasar sifar keciciran, ketidakhadiran pelajar

Iklan
Abdul Said (dua dari kanan) beramah mesra dengan pelajar SMK Datuk Haji Ahmad Badawi hari ini. Foto Bernama

KEPALA BATAS - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang menyasarkan 397 buah sekolah di negeri ini sifar keciciran dan ketidakhadiran pelajar pada sesi persekolahan 2024/2025 yang dibuka pada Isnin.

Pengarahnya, Abdul Said Hussain berkata, walaupun jumlah tersebut amat sedikit di Pulau Pinang, namun pihaknya melalui Sektor Pengurusan Sekolah bersama Sektor Pembangunan Murid sentiasa merangka pelbagai program dengan kerjasama pelbagai pihak dalam mengatasi isu terbabit.

Abdul Said (kiri) ketika membuat tinjauan hari pertama persekolahan sesi 2024 di SMK Datuk Haji Ahmad Badawi pada Isnin.

Iklan
Iklan

Menurutnya, untuk sesi persekolahan baharu tahun ini, Pulau Pinang mencatatkan jumlah seramai 117,585 murid sekolah rendah dan seramai 100,301 pelajar sekolah menengah.

"Keciciran ini dikategorikan sebagai tidak hadir satu jangka masa yang panjang.

Iklan

"Kita dapati jumlahnya amat sedikit, kadang-kadang ia berlaku disebabkan transisi sekolah menengah dan rendah, kemungkinan ibu bapa hantar ke sekolah agama selain ada yang membantu ibu bapa, namun bilangan terlalu sedikit," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas membuat tinjauan hari pertama persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Ahmad Badawi di sini pada Isnin.

Iklan

Mengulas lanjut katanya, dalam tempoh terdekat pihaknya akan mengadakan program jerayawara jom ke sekolah yang turut melibatkan kerjasama kerajaan negeri bersama penghulu di daerah tertentu.

Beliau berkata, program berkenaan bertujuan menimbulkan kesedaran yang tinggi kepada ibu bapa untuk terus bersemangat memberi komitmen memastikan kehadiran anak-anak ke sekolah.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28