LOS ANGELES - Karya Oppenheimer menang besar pada Anugerah Akademi (Oscar) yang ke-96 pada Ahad dengan merangkul tujuh anugerah termasuk kategori gambar terbaik dan pengarah terbaik yang disifatkan sebagai 'tahun bertuah' buat pembuat filem itu, Christopher Nolan.
Kisah tentang 'bapa bom atom' itu tersenarai untuk 13 pencalonan setelah ia tewas dalam pertarungan box office kepada filem animasi, Barbie yang telah mencetuskan fenomena 'Barbenheimer' dalam kalangan penggemar filem pada musim panas lalu.
Iklan
Iklan
Barbie yang merekodkan jumlah kutipan tertinggi pada 2023 bagaimanapun hanya meraih satu anugerah untuk kategori Lagu Asal Terbaik yang dihasilkan penyanyi Billie Eilish bersama abangnya, Finneas.
Emma Stone turut membuat kejutan selepas dinobatkan sebagai Aktres Terbaik menerusi filem Poor Things hasil garapan Yorgos Lanthimos yang memenangi tiga kategori termasuk solekan dan kostum terbaik.
Acara berprestij itu juga menyaksikan Ukraine melakar sejarah apabila memenangi anugerah Oscar pertama bagi kategori Dokumentari Terbaik menerusi 20 Days in Mariupol manakala Britain meraih trofi Filem Antarabangsa Terbaik untuk hasil karya usahasama Poland bergenre sejarah, The Zone of Interest. - Agensi
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Artikel Berkaitan