Lima negara bergabung gugurkan bantuan di Gaza

Iklan
Bantuan kemanusiaan digugurkan sehari sebelum ketibaan 1 Ramadan. - Foto: AFP

GENTING GAZA - Pesawat tentera dari lima negara menyertai misi menggugurkan bantuan kemanusiaan di Genting Gaza pada Ahad ketika kawasan utara wilayah itu dilanda krisis kebuluran yang semakin meruncing.

Operasi diketuai Jordan itu turut dinantikan ratusan penduduk Palestin yang berlari ke kawasan tepi pantai untuk mengambil palet bekalan asas yang digugurkan dari udara.

Iklan
Iklan

Jurucakap tentera memaklumkan Amerika Syarikat (AS), Perancis, Belgium dan Mesir juga menyertai misi bantuan itu termasuk enam operasi bersama di utara Gaza.

Difahamkan, bunyi pesawat adalah yang paling ditunggu-tunggu oleh penduduk Gaza sejak akhir bulan lalu setelah bantuan kemanusiaan melalui darat sengaja disekat rejim Zionis.

Iklan

Sebelum ini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran sebahagian besar 2.4 juta penduduk Gaza berada di ambang kebuluran terutamanya di kawasan utara.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan memberitahu angka kematian akibat malnutrisi dan dehidrasi telah meningkat kepada sekurang-kurangnya 23 orang dan kebanyakannya ialah kanak-kanak. - AFP

Iklan

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28