Lantik segera penyelaras parlimen di seluruh negara

Iklan
Syahril Rizal

TEMERLOH - Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Temerloh, Syahril Rizal Tajudin menggesa Kerajaan Madani supaya mempercepatkan pelantikan penyelaras parlimen di seluruh negara.

Menurutnya, setakat ini pelantikan bagi jawatan tersebut masih belum dilakukan.

Iklan
Iklan

"Kita memohon kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat mempercepatkan pelantikan penyelaras parlimen di seluruh Malaysia khususnya di parlimen yang dimenangi oleh pihak pembangkang.

Ujarnya, pelantikan tersebut juga dapat membantu rakyat dari pelbagai aspek khususnya di Temerloh ini.

Iklan

"Kita berharap perkara ini mendapat pertimbangan sewajarnya daripada pihak kerajaan," tambahnya lagi.

Parlimen Temerloh dimenangi Salamiah Mohd Nor dari Perikatan Nasional (PN) dengan majoriti 5,520 undi.

Iklan

Salamiah memperoleh 30,929 undi jauh meninggalkan lawannya calon Pakatan Harapan (PH), Mohd Hasbie Muda dengan 25,409 undi, Datuk Seri Mohamad Sharkar Shamsudin (25,191) manakala calon Pejuang Aminuddin Yahaya hanya mendapat 1,108 undi.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28