Kebanyakan negara Asia Barat mula puasa pada Isnin

Iklan
Beberapa lelaki melihat anak bulan di bandar Hautat Sudair di selatan Arab Saudi pada Ahad. Foto AFP

ANKARA - [DIKEMAS KINI] Kebanyakan negara Asia Barat menyambut hari pertama bulan suci Ramadan pada Isnin, lapor Agensi Anadolu.

Selepas anak bulan kelihatan pada Ahad, pihak berkuasa agama di Arab Saudi, Kuwait, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengumumkan Ramadan disambut pada Isnin.

Iklan
Iklan

Demikian juga umat Islam di Mesir, Bahrain, Lubnan, Palestin, Iraq dan Sudan akan mula berpuasa pada Isnin.

Bagaimanapun di Jordan, Oman, Libya, Maghribi dan Iran, Ramadan bermula pada Selasa selepas anak bulan tidak kelihatan pada Ahad.

Iklan

Di Turkiye, Direktorat Hal Ehwal Agama menentukan permulaan Ramadan dan Aidilfitri berdasarkan anak bulan kelihatan di mana-mana sahaja di dunia (ihtilaf-i metali) dan bukan sekadar dilihat dalam negara itu. - Bernama/Anadolu

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Iklan