Manfaatkan Ramadan sebagai momentum perkukuh ukhuwah - TPM

Iklan
Ahmad Zahid mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh umat Islam di Malaysia. Foto Facebook Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru umat Islam di Malaysia supaya memanfaatkan bulan Ramadan ini sebagai momentum untuk memperkukuh ukhuwah, memulihkan hubungan sesama insan dan memelihara perpaduan.

Mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh umat Islam di Malaysia bermula esok, Ahmad Zahid, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, Ramadan adalah bulan yang penuh keberkatan dan kerahmatan yang terisi di dalamnya pelbagai nikmat untuk kita mengecap ketakwaan dan keampunan daripada ALLAH SWT.

Iklan
Iklan

"Dengan ucapan Ahlan wa sahlan... Marhaban ya Ramadan... Marilah kita sambut Ramadan dengan hati yang bersih, fikiran yang jernih dan amalan yang soleh.

"Semoga bulan Ramadan ini membawa kebaikan, kesejahteraan dan keampunan bagi kita semua," katanya dalam hantaran di laman Facebook hari ini.

Iklan

Semalam, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa esok. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Iklan