2,000 jemaah solat tarawih di Masjid Kota Damansara

Iklan
Ruang utama masjid penuh hinggakan jemaah terpaksa solat di bahagian tangga.

PETALING JAYA - Kemeriahan sambutan Ramadan yang penuh keberkatan mula dirasai apabila umat Islam di Malaysia memenuhi ruangan saf masjid bagi menunaikan solat tarawih yang pertama bagi tahun ini.

Semalam, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh permulaan puasa di Malaysia telah ditetapkan pada Selasa (12 Mac 2024).

Ruang solat lelaki dan wanita dipenuhi jemaah untuk solat berjemaah sejak Maghrib.

Iklan
Iklan

Di Masjid Kota Damansara, kira-kira 2,000 umat Islam memenuhi segenap ruang di masjid berkenaan sejak solat Maghrib.

Tinjauan Sinar Harian mendapati hampir keseluruhan ruang disediakan untuk jemaah lelaki dan wanita penuh hingga memaksa ruang makan dikemas untuk dijadikan tempat solat.

Kawasan berhampiran tempat mengambil wuduk turut dipenuhi jemaah.

Iklan

Rata-rata ahli kariah yang hadir datang membawa keluarga masing-masing bagi memenuhi tuntutan ibadah sunat malam pertama sepanjang Ramadan.

Pengurus Masjid Kota Damansara, Mohammad Nor Salami Masri berkata, pelbagai aktiviti diadakan bagi pengimarahan masjid sepanjang Ramadan.

Jemaah turut memenuhi ruang makan untuk solat terawih di Masjid Kota Damansara.

Iklan

Menurutnya, pihak pengurusan majis turut menjemput imam khas termasuklah johan qari kebangsaan dan antarabangsa, Tirmizi Ali dan personaliti tv dan radio, Fahmi Ashraf.

"Selain solat tarawih 20 rakaat, kita juga mengadakan program tadarus al-Quran, majlis berbuka puasa, moreh serta sahur pada 10 terakhir Ramadan,” katanya.

Ahli jawatankuasa masjid mengemas ruang makan untuk dijadikan tempat solat.

Tambah beliau, pihak masjid juga masih membuka penyertaan orang ramai untuk menyumbang dan menaja perbelanjaan program-program yang disusun sepanjang Ramadan ini.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28