Enam ejen 'top up' judi dalam talian diberkas

Iklan
Antara individu yang ditahan dalam serbuan Op Dadu pada Isnin.

KUALA SELANGOR - Seramai enam lelaki disyaki ejen menjual 'top up' permainan judi dalam talian ditahan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, di sini pada Isnin.

JSJ Bukit Aman dalam kenyataan pada Selasa berkata, serbuan menerusi Op Dadu bermula jam 4 petang itu dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) JSJ Bukit Aman telah menahan enam lelaki berusia 21 hingga 50 tahun.

Iklan
Iklan

"JSJ merampas tujuh telefon bimbit, satu modem serta router, sehelai kertas tercatat nombor disyaki kata laluan 'top up' judi dalam talian dan lesen perniagaan," katanya.

Menurutnya, kegiatan sindiket judi dalam talian itu berselindung di sebalik premis telekomunikasi dan kedai serbaneka.

Iklan

"Ia bagi mengelak dan mengaburi mata pihak berkuasa mengesan aktiviti penjualan 'top up' permainan perjudian dalam talian," katanya.

JSJ berkata, modus operandi sindiket itu menggunakan telefon bimbit untuk mendapatkan nama pengguna (ID) serta kata laluan melalui WhatsApp daripada pengutip wang, kemudian diberikan kepada pemain judi.

Iklan

"Urusan mencipta ID baharu, 'top up' dan menebus wang judi dalam talian diuruskan oleh pengutip wang tersebut.

"Kesemua individu itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor untuk siasatan lanjut," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28