Ugut polis bantuan, penjual besi buruk didenda RM3,500

Iklan
Tertuduh hadir di Mahkamah Majistret Bahau pada Selasa.

JEMPOL - Seorang penjual besi buruk dijatuhi hukuman denda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret Bahau pada Selasa selepas mengaku bersalah melakukan ugutan jenayah terhadap seorang polis bantuan di sebuah ladang di Bahau, awal tahun lalu.

Tertuduh B M Krisnan, 56, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Norshazwani Ishak.

Iklan
Iklan

Mahkamah turut mengarahkan tertuduh dipenjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda tersebut.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh telah melakukan ugutan jenayah dengan mengeluarkan perkataan ugutan"saya tembak you dan bakar pos pengawal" terhadap seorang lelaki berusia 20 tahun.

Iklan

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah peruntukan sama yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda, atau dengan kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah Majistret Bahau menjatuhkan hukuman denda RM3,500 kepada seorang penjual besi buruk.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Farahidah Zool Beri manakala tertuduh diwakili peguam, Paul Krishnaraja.

Iklan

Sebelum itu, Paul dalam rayuan memohon mahkamah mengenakan denda yang minimum dengan mengambil kira pengakuan bersalah tertuduh.

Menurutnya, anak guamnya bukan sahaja perlu menyara keluarganya tetapi turut menjaga dua kakaknya yang salah seorang merupakan orang kurang upaya (OKU) mental.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28