Gabenor California mohon RM5.71 bilion untuk gelandangan

Iklan
Gavin Newsom. - Foto Agensi

SACRAMENTO - Gabenor California memohon AS$1.4 bilion (RM5.71 bilion) daripada penggubal undang-undang untuk menangani krisis tiada tempat tinggal yang semakin meningkat di negara itu.

Gavin Newsom turut merancang menggunakan wang tersebut untuk membuka tempat perlindungan, membayar sewa dan menyediakan penjagaan kesihatan.

Iklan
Iklan

Dalam minggu ini, beliau juga bakal menandatangani perintah eksekutif mengarahkan agensi untuk mengenal pasti tanah milik negara yang boleh digunakan sebagai tempat perlindungan sementara bagi mereka yang tidak mempunyai rumah.

"Tiada tempat tinggal adalah krisis negara yang menular sehingga ke Pantai Barat dan banyak bandar di seluruh negara. California akan menangani perkara ini sebagai darurat sebenar," katanya.

Iklan
Iklan

Antara lain, perintah eksekutifnya termasuk bekalan 100 perkampungan treler untuk perumahan sementara. - AFP