MATTA Fair 2024 pemangkin pemulihan industri pelancongan

Iklan
Wendy (kanan) bersama Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee (tengah) meletakkan plak simbolik perasmian MATTA Fair Perak ke-32 di Ipoh. Foto Ihsan MATTA Fair

IPOH - Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair) 2024 menjadi pemangkin kepada pemulihan ekonomi industri pelancongan tahun ini.

Pengerusi MATTA Fair Perak, Wendy Shin berkata, pakej yang disediakan pemain industri pelancongan akan memberi rangsangan ekonomi yang diperlukan perniagaan.

Iklan
Iklan

"Di MATTA Fair Perak, kami mempunyai lebih daripada 33 pemain industri pelancongan yang menawarkan produk dan perkhidmatan mereka, tawaran lumayan mereka meneroka arah aliran pasaran baru muncul," katanya ketika berucap pada majlis pembukaan MATTA Fair Perak ke-32 di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC) di sini pada Ahad.

Sze Yee (tujuh dari kanan) merasmikan MATTA Fair Perak ke-32 di Ipoh. Foto Ihsan MATTA Fair

Menurut beliau, industri pelancongan membentuk interaksi dua hala dalam berkongsi kepentingan penggunaan lapangan terbang, pelabuhan dan jalan yang sama.

Iklan

"Kami dari Ipoh yang ingin ke luar negara perlu menggunakan lapangan terbang di Kuala Lumpur atau Pulau Pinang. Kita pernah berasa bangga mempunyai Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS), Ipoh.

"Ejen-ejen pelancongan kita sangat inovatif dengan semak sebarang kemungkinan (pakej penerbangan) ini. Bagaimanapun ia sangat baik sekiranya kita boleh mempunyai penerbangan keluar dan masuk terus ke negara lain seperti Bangkok, Thailand," katanya.

Iklan

Wendy berkata, MATTA Perak juga telah bekerjasama dengan kerajaan negeri dan Tourism Perak dalam menjayakan Tahun Melawat Perak 2024.

"Promosi telah bermula sejak tahun lalu dan kami melihat lebih ramai pelancong domestik dan antarabangsa masuk Perak.

"Kita melihat kerjasama selanjutnya dan kami bersedia untuk memimpin ke arah pemulihan dan pembaharuan industri pelancongan," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28