BEIJING - Tujuh maut dan dua lagi hilang dalam kejadian letupan gas di sebuah lombong arang batu di wilayah Anhui, timur China, lapor Sputnik memetik media China.
Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan di lokasi kejadian di daerah Jinsha di wilayah Guizhou.
Iklan
Iklan
Tragedi itu berlaku di lombong Xieqiao, milik Huaihe Energy Group, menyebabkan 24 orang dalam situasi berbahaya, lapor penyiar CCTV pada Isnin.
Usaha mencari dan menyelamat diteruskan manakala punca letupan masih belum diketahui, menurut laporan itu. - Bernama-Sputnik
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28