Iftar Ala Madinah sedia kemudahan untuk OKU, warga emas

Iklan
Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf 2024 menawarkan kemudahan tempat duduk khas kepada OKU dan warga emas yang hadir pada 13 Mac hingga 5 April ini. Gambar fail

SHAH ALAM - Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf 2024 menawarkan kemudahan tempat duduk khas kepada orang kurang upaya (OKU) dan warga emas yang hadir pada 13 Mac hingga 5 April ini.

Iklan
Iklan

Ketua Projek, Firdaus Hussamuddin berkata, inisiatif tersebut dilakukan bagi menyantuni masyarakat yang sudi memeriahkan program berbuka puasa dengan konsep ruang terbuka.

"Pengunjung juga tidak perlu bimbang sekiranya hujan kerana kita ada menyediakan kawasan berbumbung iaitu khemah bertutup yang dilengkapi dengan beberapa kemudahan lain.

Firdaus Hussamuddin

Iklan

"Setiap hari kita sediakan 1,000 pek makanan, tetapi pengunjung digalakkan untuk mengimbas QR Code yang disediakan bagi mengelakkan daripada berlaku pembaziran atau kekurangan stok,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf itu akan bermula pada jam 6 petang setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad di Dataran Karangkraf, Seksyen 15, di sini.

Daftarkan diri anda di QR Code disediakan untuk sertai Iftar Ala Madinah bermula Rabu (13 Mac) hingga 5 April 2024

Iklan

Antara aktiviti yang disediakan ialah sesi tazkirah, ceramah, jualan makanan dan kegiatan sampingan lain yang bermanfaat di samping mengambil keberkatan Ramadan.

Dalam pada itu, Firdaus memaklumkan, program kali ini membawa kelainan dengan menggunakan konsep ‘single every point’ iaitu tempat duduk dikhaskan kepada mereka yang berdaftar sahaja.

"Saya berharap pengunjung hadir lebih awal bagi mengelakkan kesesakan di kawasan parkir dan mendapat tempat duduk yang selesa untuk berbuka dan mereka juga boleh membawa makanan dari luar.

"Kita turut sediakan tempat untuk solat tarawih dan kemudahan lain seperti tempat berwuduk serta tandas yang selesa untuk pengunjung,” tambah beliau.

Khemah tertutup disediakan sekiranya hujan yang boleh memuatkan 1,600 orang

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28