Gelagat tiga badut sekeluarga

Iklan
Gelagat tiga badut sekeluarga yang dirakam Bernama ketika ditemui baru-baru ini.

Sepasang suami isteri mengenepikan rasa malu menjadikan kerjaya sebagai badut termasuk membuat persembahan silap mata dan menjual belon untuk menggembirakan masyarakat sejak sembilan tahun yang lalu.

Muhammad Al-Hazim Ahmad, 32, (Jiji) dan isterinya Nor Farah Hanim Samsol Bahrin, 30, (Rara) (kanan) serta dibantu adik iparnya Nor Aina Natasya Samsol Bahrin, 27, (Chacha) (kiri) tidak sekadar menjadikan badut sebagai kerjaya, malah melengkapkan diri mereka dengan kemahiran sebagai tukang silap mata dan mempelajari ilmu mengenai karakter badut.

Jiji, Rara, dan Cacha sering menggunakan watak badut Auguste kerana ia kelihatan ceria dan lebih mudah untuk mendekati penonton, terutama kanak-kanak.

Muhammad Al-Hazim berkata tidak menafikan terdapat segelintir masyarakat yang mempunyai stigma terhadap pekerjaan sebagai badut, namun baginya tidak menjadi masalah selagi hasil pendapatan itu daripada sumber yang halal.

Orang ramai yang ingin mendapatkan perkhidmatan mereka boleh berbuat demikian menerusi laman sosial Facebook dan TikTok dengan nama Ajim Sajea atau TikTok @fararosham