Dua maut nahas dua lori bertembung

Iklan
Dua lelaki maut selepas lori yang dipandu mereka bertembung di Kilometer (KM)67 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur, dekat Luit pada Selasa. Foto ihsan PDRM

MARAN - Dua lelaki maut selepas lori yang dipandu mereka bertembung di Kilometer (KM)67 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur, dekat Luit pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mangsa, Ismanizam Zulkanain Azmi, 22, beralamat Kampung Peramu,Kuantan dan Nik Mohamad Zainudin M.Baki, 38, beralamat Felcra Sri Makmur, Kuantan meninggal dunia di tempat kejadian.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintenden Mohamad Zamri Mohamad Zaber berkata, kemalangan melibatkan sebuah lori jenis Isuzu dan lori jenis Hino.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila lori dipandu Ismanizam dalam perjalanan dari arah Kuantan menghala ke Kuala Lumpur.

Iklan

"Akibat kemalangan itu, kedua-dua pemandu meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Ujarnya, mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Jengka untuk bedah siasat.

Iklan

Tambahnya, semasa kejadian lori yang dipandu Ismanizam tidak membawa sebarang muatan manakala satu lagi membawa muatan buah kelapa sawit.

Keadaan salah satu lori yang terlibat dalam kejadian tersebut. Foto ihsan PDRM

Jelasnya, siasatan lanjut diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria memberitahu, seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Maran bersama sebuah jentera dikerahkan ke tempat kejadian.

"Terdapat satu lelaki dewasa tersepit di dalam lori muatan sawit terbabit manakala satu lelaki dewasa yang membawa lori itu tercampak keluar.

"Anggota terlibat mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!