Raja Muda Selangor berkenan santuni 29 anak yatim di Raysas

Iklan
Tengku Amir berkenan menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada anak-anak yatim di Rumah Anak Yatim Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah (Raysas) dekat Tanjung Kling hari ini. Foto Bernama

MELAKA - Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat menyantuni penghuni Rumah Anak-Anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al Haj (Raysas) di Pantai Puteri, Tanjung Kling di sini hari ini.

Ketibaan baginda disambut Pengerusi Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) Tan Sri Mazlan Mansor serta pengurusan YIDE dan RAYSAS.

Iklan
Iklan

Pada program itu baginda berkenan menyerahkan sumbangan tunai RM8,700 yang akan diagihkan kepada 29 anak-anak yatim di pusat tersebut selain turut mengurniakan 100 kilogram beras dan 29 set kain pelekat.

Sementara itu Mazlan berkata, sumbangan itu diharap dapat membantu anak-anak yatim tersebut membuat persiapan menyambut hari raya dan menceriakan mereka dalam menjalani ibadah puasa.

Iklan

"Menjadi kewajipan YIDE untuk membantu anak-anak yatim ini dan kami akan terus komited menyalurkan sumbangan Aidilfitri khususnya di Selangor serta di RAYSAS," katanya kepada pemberita selepas majlis tersebut.

Menurutnya tahun ini, YIDE memperuntukkan hampir RM1.7 juta bagi sumbangan Aidilfitri untuk diagihkan kepada 11,386 anak yatim daripada 6,388 keluarga yang berdaftar dengan YIDE, secara berperingkat bermula esok. - Bernama

Iklan

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28