Penerbangan AirAsia ke Pattaya kembali, bermula 17 Jun

Iklan
Perkhidmatan AirAsia dari Kuala Lumpur ke Pattaya, Thailand akan beroperasi semula dengan tiga penerbangan seminggu mulai 17 Jun ini. Foto Bernama

PERKHIDMATAN AirAsia dari Kuala Lumpur ke Pattaya, Thailand akan beroperasi semula dengan tiga penerbangan seminggu mulai 17 Jun ini.

AirAsia dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pengoperasian semula ke Pattaya itu menjadikan laluan itu sebagai laluan kesembilan penerbangan terus pascapandemik syarikat itu ke Thailand dari Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang, selepas Bangkok (Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang), Bangkok (Lapangan Terbang Suvarnabhumi), Krabi, Chiang Mai, Phuket and Hatyai.

Iklan
Iklan

Langkah itu juga selaras pelancaran kempen 'Takeover Thailand' AirAsia baru-baru ini yang mengetengahkan 'Land of Smiles' itu sebagai destinasi pilihan bagi pelancong dari Malaysia, Singapura, Indonesia dan lain-lain, menurut kenyataan itu.

Sebagai bandar kelapan terbesar di Thailand, Pattaya sentiasa menjadi destinasi yang diidamkan oleh pelancong domestik dan antarabangsa.

Iklan

Pada 2019, AirAsia telah membawa lebih 60,000 pelancong dalam laluan Kuala Lumpur-Pattaya.

Bagi meraikan pengoperasian semula laluan itu, tiket penerbangan ke Pattaya (U-Tapao) dibuka bermula hari ini hingga 24 Mac daripada hanya RM99 sehala dan 990 baht (RM130) sehala dari Pattaya ke Kuala Lumpur untuk tempoh perjalanan antara 17 Jun 2024 hingga 16 Jun 2025. - Bernama

Iklan

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28