JPKP rangka strategi Kempen Melawat Malaysia 2026 - TPM

Iklan
Ahmad Zahid mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pelancongan dan Kebudayaan pada Selasa.

SHAH ALAM - Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pelancongan dan Kebudayaan (JPKP) pada Selasa membincangkan perangkaan strategi, pelan tindakan dan mekanisme pelaksanaan untuk Kempen Melawat Malaysia 2026.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, matlamatnya untuk memastikan kejayaan yang lebih besar dengan menarik kemasukan lebih ramai pelancong.

Iklan
Iklan

"Saya turut menyatakan bahawa penyertaan daripada pemain industri juga perlu ditingkatkan sekali gus mencipta sinergi positif dan memberikan manfaat ekonomi yang berterusan kepada negara.

Tambah Ahmad Zahid yang mempengerusikan mesyuarat tersebut, pihak turut membincangkan penambahbaikan syarat serta Permohonan Malaysia Rumah Keduaku (MM2H).

Iklan

Ujarnya, perbincangan tersebut adalah usaha untuk meningkatkan kualiti program MM2H dengan menitikberatkan penambahbaikan syarat dan permohonan peserta.

"Objektifnya adalah untuk memastikan program ini dapat memberikan nilai tambah kepada peserta dan negara.

Iklan

"Dengan langkah-langkah ini, kita menyasarkan untuk menarik penyertaan yang lebih berkualiti dan membawa masuk lebih banyak pelaburan,” ulas beliau.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28