13 warga Filipina masuk Labuan secara haram dipenjara empat bulan

Iklan
Gambar hiasan

LABUAN - Sebanyak 13 warga Filipina termasuk enam wanita dijatuhi hukuman penjara empat bulan kerana memasuki Labuan secara haram.

Polygon Sapa, Sami Daud, Alden Sulaiman, Mohd Aidil Norsani, Abdul Nazar Bhar, Husin Kasim, Mohd Zaidi Ak Kong, Norana Wajib, Norazlina Awi, Mona Latino, Norsahaya Bensal, Norhayati Jamli dan Sofia Rajul ditahan antara 27 Februari hingga 4 Mac lepas.

Iklan
Iklan

Majistret Kasyfurrahman Abang Ahmad menjatuhkan hukuman itu selepas kesemua mereka mengaku bersalah memasuki Labuan tanpa dokumen yang sah.

Pendakwaan mengikut Seksyen 6(1)(c), 15(1)(c) dan Seksyen 36 Akta Imigresen 1959/1963 yang memperuntukkan penjara sehingga lima tahun, denda RM10,000 dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Iklan

Kesemua tertuduh ditahan polis di lokasi berbeza selepas gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

Mahkamah menetapkan hukuman bermula dari tarikh tangkapan dan setelah selesai menjalani tempoh penjara warga asing berkenaan akan dirujuk kepada Jabatan Imigresen.

Iklan

Data biometrik mereka akan dikumpul sebelum dibawa pulang ke negara asal bagi memastikan pematuhan prosedur undang-undang. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28