GERGASI La Liga Sepanyol, Barcelona akan melayan kunjungan kelab Serie A Itali, Napoli dalam Pusingan 16 Terbaik Liga Juara-Juara di Estadi Olímpic Lluís Companys selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 di Stadio Diego Armando Maradona, 22 Februari lalu.
Kali terakhir Barcelona memenangi perlawanan kalah mati Liga Juara-Juara adalah ketika kemenangan 3-1 ke atas Napoli di laman sendiri pada 2020.
Dengan kelab itu ketiga dalam La Liga, lapan mata di belakang pendahulu Real Madrid, Eropah kini menjadi keutamaan.
"Perlawanan paling penting musim ini? Ya, sudah tentu dan kami bersedia serta teruja.
"Sudah empat tahun sejak kami berada di suku akhir dan itulah yang kami lihat
"Kali ini kami mahu pergi lebih jauh berdepan lawan Napoli yang memiliki asas Scudetto juara 2023,” kata pengendali Barcelona, Xavi Hernández.
Francesco Calzona mengambil alih pada Februari, pengurus ketiga Napoli musim ini dan tidak tewas dalam lima perlawanan sejak itu.
"Napoli bertambah baik dengan jurulatih baharu, yang lebih dinamik dan segar di setiap bahagian.
"Saya menjangkakan Napoli bermain dengan tekanan tinggi dibantu pelbagai bakat individu.
"Ya, sudah pasti perlawanan menarik tambahan berdepan pasukan yang hebat juara Itali semasa,” kata Xavi.
LIGA JUARA-JUARA
PUSINGAN 16 TERBAIK
Perlawanan Kedua
RABU (13 MAC):
Arsenal (0) lwn (1) Porto, 4 pagi
Barcelona (1) lwn (1) Napoli, 4 pagi
KHAMIS (14 MAC):
Borussia Dortmund (1) lwn (1) PSV Eindhoven
Atletico Madrid (0) lwn (1) Inter Milan, 4 pagi
* Dalam kurungan keputusan perlawanan pertama
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28