Tiada pilih kasih dalam kes anak Mat sabu

Iklan
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim (dua, kiri) beramah mesra bersama peniaga dan pengunjung di Pasar Chow Kit sempena Program Kepolisan Berprofil Tinggi hari ini.- Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Polis ada membuat permohonan untuk menyegerakan keputusan ujian air kencing anak Menteri Pertahanan, Ahmad Saiful Islam Mohamad yang ditahan kerana disyaki positif ganja dan tiada istilah pilih kasih dalam kes tersebut.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, permohonan itu dibuat kepada Makmal Dadah dan Penyelidikan Jabatan Patologi, Hospital Kuala Lumpur bagi melengkapkan kertas siasatan memandangkan lazimnya untuk mendapatkan keputusan ujian sampel air kencing dari makmal akan memakan masa sebulan ke tiga bulan.

Iklan
Iklan

"Polis tidak pernah bersikap ‘double standart’ dalam melengkapkan siasatan kes walaupun ia membabitkan orang kenamaan."Namun polis tidak dapat memberi jangkaan bila keputusan itu akan diperolehi, ia bergantung kepada pihak makmal HKL," katanya.

Menurut Mazlan lagi, pihaknya ada mengemukakan permohonan mempercepatkan keputusan ujian saringan air kencing namun ia tidak menjamin keputusan keputusan akan diterima dalam masa terdekat

Iklan

Beliau berkata demikian kepada media selepas Program High Profile Policing di Pasar Chow Kit hari ini.

Dalam pada itu, Mazlan memberitahu pihaknya juga maklum dengan sindiran netizen bahawa bahawa keputusan sampel air kencing Ahmad Saiful Islam hanya akan keluar dalam masa sebulan ke tiga bulan.

Iklan