15 rumah setinggan terbakar

Iklan
Anggota Bomba dan Penyelamat memadamkan kebakaran rumah di Kampung India Settlement, Kampung Pandan pada Selasa.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 15 rumah di Kampung India Settlement, Kampung Pandan di sini, musnah dalam kebakaran pada Selasa.

Komander Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mustapa Kamal Mohd Arih berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 9.51 malam.

Iklan
Iklan

"Seramai 48 anggota dan pegawai bersama sembilan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pudu, Hang Tuah, Keramat, Sentul, Bandar Tun Razak dan Cheras bergegas ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Anggota Bomba dan Penyelamat memadamkan kebakaran rumah di Kampung India Settlement, Kampung Pandan pada Selasa.

Mustapa Kamal berkata, setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati berlaku kebakaran 15 rumah setinggan berkeluasan 91.44 meter persegi.

Iklan

"Tiada mangsa terlibat dalam kebakaran berkenaan, kebakaran padam sepenuhnya pada jam 12.30 tengah malam, punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Iklan