KELAB sensasi Thailand, Police Tero memilih Johor Bahru, Johor sebagai venue pemanas badan The Silver Shield Dragons ketika saingan Liga Satu Thai berhenti rehat sementara.
"Mari pergi ke Johor Bahru. Pagi yang gelap hari ini, pemain dan kakitangan Tero FC berlepas untuk kem latihan di Johor Bahru, Malaysia dari 13 hingga 21 Mac 2024,” umum pengurusan kelab menerusi satu hantaran di platform media sosial mereka pada Rabu.
Iklan
Iklan
Sebagai rekod, Police Tero kendalian bekas pengendali Selangor FC, Tan Cheng Hoe kini menghuni tangga ke-14 liga dalam kalangan 16 pasukan bertanding - 20 mata dari 21 perlawanan.
Cheng Hoe yang mula mengendali pasukan itu pada awal Mac, memulakan kempen dengan meraih keputusan seri 1-1 berdepan Nakhon Pathrom diikuti tewas 0-2 kepada Prachuap pada 8 Mac lalu.
Police Tero akan kembali menyambung saingan liga berbaki sembilan perlawanan lagi bermula dengan berdepan Muangthong United di Stadium SCG pada 31 Mac.
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Artikel Berkaitan