Duta besar China sumbang RM65,000 biasiswa kepada pelajar UUM

Iklan
Ouyang Yujing (kiri) menyampaikan replika cek kepada Mohd Foad ketika pertemuan mereka di UUM.

KUBANG PASU - Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing menyalurkan sumbangan sebanyak RM65,000 kepada Pusat Pengajian Antarabangsa (SoIS), Universiti Utara Malaysia (UUM) baru-baru ini.

Naib Canselor, Profesor Dr Mohd Foad Sakdan berkata, dana ini merupakan biasiswa yang telah diberikan kepada 65 pelajar SOIS pada tahun lalu bagi meneruskan pengajian di UUM.

Iklan
Iklan

Katanya, pada masa ini seramai 744 pelajar dari China melanjutkan pelajaran di UUM yang terdiri daripada 679 pelajar pascasiswazah dan 65 pelajar sarjana muda.

"UUM amat berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar China ke Malaysia bersama delegasi.

Iklan
Warga UUM bersama delegasi dari China bergambar kenangan di Balai Tamu, UUM.

"Bagi pihak UUM, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kedutaan Republik Rakyat China di Malaysia atas kebaikan dan kemurahan hati mereka dalam menyumbang Biasiswa Duta Besar China," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.

Jelasnya, biasiswa ini adalah hasil usaha pihak pengurusan SoIS untuk memulakan hubungan dengan Kedutaan China di Malaysia sejak tahun 2022.

Iklan

"UUM berhasrat untuk mengekalkan dan mengukuhkan kerjasama dengan Kedutaan China di Malaysia yang memberi impak positif serta memupuk manfaat bersama," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28