UMPSA kekal tradisi berbuka puasa makan dalam talam

Iklan
Sebahagian pelajar menunggu waktu berbuka puasa untuk menikmati hidangan percuma yang dihidangkan secara dalam talam di UMPSA kampus Pekan dan Gambang setiap hari.

KUANTAN - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) mengekalkan keunikan tradisi berbuka puasa berkonsepkan makan dalam talam yang telah mulakan sejak lebih 15 tahun lalu, pada Ramadan kali ini.

Setiap hidangan talam itu akan dinikmati lima hingga enam orang.

Iklan
Iklan

Naib Canselor UMPSA, Profesor Datuk Dr Yuserrie Zainuddin berkata, budaya iftar bersama itu secara tidak langsung dapat membantu merapatkan ukhwah antara warga universiti.

Menurutnya, pada masa sama, makan dalam talam itu juga memudahkan proses menghidang dan pembersihan.

Iklan

"Penyediaan juadah berbuka puasa untuk 2,000 pelajar kampus Pekan dan Gambang itu disediakan pada setiap hari oleh staf dan pelajar secara bergilir-gilir mengikut jadual yang ditetapkan di bawah penyelarasan Pusat Islam dan Pembangunan Insan (Pimpin)," katanya.

Para pelajar turut membantu menyiapkan persiapan berbuka puasa.

Yusserie berkata, pelbagai juadah disediakan antaranya nasi putih, gulai kawah, sayur campur, ayam masak lemak cili api, bubur lambuk, ayam masak kurma dan sebagainya mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Iklan

"Penyediaan dan pengagihan iftar Ramadan ini dilaksanakan melalui kerjasama Yayasan UMPSA dan Pimpin.

"Inisiatif ini disediakan melalui dana Tabung Ramadan Yayasan UMPSA sumbangan pelbagai pihak termasuk organisasi korporat, anak syarikat UMPSA dan jabatan," katanya.

Penyediaan juadah berbuka puasa secara bergotong-royong oleh staf dan pelajar secara bergilir-gilir mengikut jadual yang ditetapkan.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Yayasan UMPSA berkata, tahun ini pihaknya menyasarkan kutipan sumbangan RM240,000 bagi penyediaan juadah iftar secara percuma itu.

"Mana-mana pihak yang berhasrat untuk menyumbang ke Tabung Ramadan Yayasan UMPSA, boleh menyalurkan sumbangan mereka ke akaun Yayasan UMPSA, 556235317085 (Maybank) dengan rujukan, Ramadan 2024," katanya.

Jelas beliau, UMPSA turut menganjurkan pelbagai aktiviti bagi mengimarahkan Ramadan kali ini termasuk penganjuran Festival Ramadan dengan pengisian solat tarawih, tadarus dan iftar jamaie.

Sebahagian pelajar menunggu waktu berbuka puasa untuk menikmati hidangan percuma yang dihidangkan secara dalam talam di UMPSA kampus Pekan dan Gambang setiap hari.

"Aktiviti lain adalah, program ziarah mahabbah anak-anak yatim, sahur ride UMPSA 2024, memasak bubur lambuk, ceramah Nuzul Quran, kem hafiz Ramadan, majlis khatam Quran Hour, geng subuh macam Jumaat, tahajjud call pecutan terakhir dan pertandingan penulisan Ramadan kreatif.

"Aktiviti disediakan itu terbuka kepada warga kampus dan masyarakat setempat," katanya.