Kerajaan tidak tutup TikTok, media sosial - Fahmi

Iklan
Fahmi

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak berhasrat menutup mana-mana platform media sosial termasuk TikTok pada masa ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil bagaimanapun menjelaskan, beberapa langkah sedang dipertimbangkan bagi meningkatkan tahap keselamatan penggunaan platform berkenaan termasuk melibatkan kanak-kanak, penyebaran bahan pornografi dan jualan produk tidak patut.

Iklan
Iklan

"Kerjasama dengan lebih baik daripada penyedia platform media sosial serta undang-undang yang mungkin padu atau lebih sesuai manfaat dengan keperluan sekarang.

"Ini akan dapat membantu negara, ekonomi dan rakyat kita meraih manfaat daripada pengguna platform-platform ini.

Iklan

"Bagaimanapun kita mengambil maklum ada sejumlah negara seperti India contohnya telah menutup TikTok sejak lima atau enam tahun lalu. Di China pula, TikTok tidak wujud langsung tetapi menggunakan aplikasi berbeza iaitu Douyin," katanya ketika sidang Dewan Rakyat pada Rabu.

Beliau berkata demikikan bagi menjawab soalan tambahan Onn Abu Bakar (BN-Batu Pahat) berkenaan pendirian kerajaan sama ada untuk menutup platform media sosial memudaratkan seperti yang telah dilaksanakan beberapa negara.

Iklan

Dalam pada itu mengenai aduan berkaitan penyebaran bahan ponorgrafi yang diterima Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Fahmi memaklumkan, sebanyak 38 aduan kes diterima bermula 1 Januari 2023 hingga 1 Mac lalu.

"Daripada jumlah itu, 18 kes masih dalam siasatan, dua telah dikeluarkan notis amaran dan 18 kes berstatus tiada tindakan lanjut atau tiada kesalahan dizahirkan.

"Usaha menangani sebaran bahan lucah dan beberapa perkara lain, ia bersifat seperti ‘cat and mouse’, kita tutup sini, dia muncul sana, bila tutup sana, muncul situ pula.

"Jadi kerjasama daripada penyedia plaform media sosial diperlukan, contohya isu yang dihadapi oleh PDRM untuk membuat siasatan dari aspek 'profiling'. Ada beberapa langkah telah diteliti dan akan diumumkan tidak lama lagi,” jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!