KONSEP makan bertalam dikongsi antara empat atau lima orang menjadi antara keunikan iftar di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) buat mahasiswanya yang memerlukan, sepanjang Ramadan ini.
Timbalan Pengarah Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM) UMT, Ustazah Faizah Ismail menjelaskan, program itu merupakan acara tradisi yang diadakan saban tahun bagi menghidupkan sunnah Rasulullah SAW yang semakin dilupakan.
"Tajaan iftar itu merupakan sumbangan warga UMT sendiri sama ada melalui infak potongan gaji bulanan, sumbangan individu dan Pusat Tanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu.
Dalam Islam, sebaik-baik amalan sedekah dilakukan ketika bulan Ramadan.
Ia sebagaimana dinyatakan dalam sebuah hadis masyhur.
Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW: "Sedekah apakah yang paling afdal? Baginda menjawab:"Sedekah pada bulan Ramadan.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi)