WASHINGTON - Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) akan mengundi pada Rabu mengenai rang undang-undang (RUU) yang akan memaksa TikTok memutuskan hubungan dengan syarikat induknya atau diharamkan dari negara itu.
Undian berkemungkinan dibuat pada jam 10 pagi (waktu tempatan) dan ia dijangka diluluskan dalam jangka masa yang jarang berlaku.
Iklan
Iklan
Rumah Putih berkata, Presiden AS, Joe Biden akan menandatangani RUU itu, yang dikenali secara rasmi sebagai 'Melindungi Orang Amerika daripada Akta Aplikasi Kawalan Musuh Asing' menjadi undang-undang.
Langkah yang diluluskan secara sebulat suara melalui jawatankuasa minggu lalu mengkehendaki syarikat induk TikTok, Bytedance menjual aplikasinya itu dalam tempoh 180 hari atau akan disekat di stor aplikasi Apple dan Googe di AS.
Ketua Pegawai Eksekutif TikTok, Shou Zi Chew yang kini berada di Washington berkata, pihaknya cuba menyokong sokongan untuk menghentikan RUU itu.
TikTok mempunyai lebih 170 juta pengguna di Amerika Syarikat pada waktu ini. - AFP
Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) akan mengundi pada Rabu mengenai rang undang-undang (RUU) yang akan memaksa TikTok memutuskan hubungan dengan syarikat induknya atau diharamkan dari negara itu.