Bunga Tecoma

Iklan
Pokok tecoma juga dikenali sebagai 'Sakura Malaysia' mula mengeluarkan bunganya ketika tinjauan di sekitar Pulau Mutiara.

Pokok tecoma atau nama sainstifiknya 'Tabebuia Rosea' berbunga secara bermusim iaitu ketika cuaca panas sekitar Februari hingga April setiap tahun.

Bunga ini mekar pada cuaca panas kering kerana sifatnya yang memerlukan suhu sesuai untuk menggalakkan proses pendebungaan.

Pokok yang ditanam di bahu jalan itu memberi suasana pemandangan indah dan mempersonakan seolah-olah menikmati musim bunga di Jepun dań Korea Selatan.