101 PATI dihantar pulang negara asal

Iklan
Pemindahan tahanan itu melibatkan mereka dari Depot Imigresen Tanah Merah (DITM).

KOTA BHARU - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Kelantan menghantar pulang 101 tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara asal masing-masing.

Pengarah Imigresen Negeri Kelantan, Mohd Faizal Shamsudin berkata, tahanan yang dihantar pulang termasuk dari Bangladesh, Indonesia, India dan Myanmar.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, pemindahan tahanan itu melibatkan mereka dari Depot Imigresen Tanah Merah (DITM).

"Kesemua mereka dihantar pulang ke negara asal melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Selasa.

Iklan

"Mereka ialah tujuh lelaki warga Bangladesh, 21 lelaki, lima wanita dan dua kanak-kanak perempuan Indonesia, 12 lelaki India, 46 lelaki, lima wanita Myanmar berserta dua kanak-kanak lelaki dan satu kanak-kanak perempuan Myanmar,” katanya dalam satu kenyataan akhbar, di sini pada Rabu.

Menurut beliau, tahanan dewasa warga asing terbabit berusia antara 16 hingga 57 tahun.

Iklan
Mohd Faizal

"Bagi kalangan kanak-kanak pula berusia hingga enam tahun termasuk bayi yang berusia setahun.

"Kesemua mereka bersama-sama dengan ibu dan bapa masing-masing,” katanya.

Tambah beliau, kesemua tahanan melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 (pindaan 2002) dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963 serta diperuntukan prosedur pemindahan mengikut akta dan peraturan yang sama.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!