Kemasukan kurma Israel dipantau - KPDN Kelantan

Iklan
Kemasukan kurma dari Israel dipantau sepenuhnya oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan.(Gambar hiasan) Foto 123rf

KOTA BHARU - Kemasukan kurma dari Israel dipantau sepenuhnya oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan.

Pengarahnya, Azman Ismail berkata, ia dilakukan setiap hari termasuk di seluruh bazar Ramadan.

Azman (kiri) semasa sidang akhbar pada Rabu.

Iklan
Iklan

"Bagaimanapun, setakat ini KPDN Kelantan tidak mendapat aduan berkait perkara tersebut.

"Jika ada pihak cuba menukar bungkusan sekali pun, tindakan akan diambil kerana mengelirukan pengguna," katanya semasa sidang akhbar pada Rabu.

Iklan

Menurut beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat berkait dengan perkara itu boleh tampil membuat aduan.

Media sebelum ini melaporkan, KPDN memberi amaran keras terhadap pihak yang didapati menukarkan bungkusan kotak kurma sehingga mengelirukan pembeli.

Iklan

Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata, mereka juga berdepan hukuman denda sehingga RM100,000 bagi individu dan RM250,000 buat syarikat jika didapati bersalah.

KPDN mengambil maklum video yang tular di media sosial berhubung seorang individu atau peniaga yang didakwa menukar bungkusan kotak kurma dari Israel untuk dijual di pasaran dalam negara.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!