Saifuddin ibarat ayam sakit, berkokok terlebih terima 'pengkhianat' - Bersatu
Iklan
SHAH ALAM - Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Razali Idris menyifatkan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail seumpama 'áyam sakit' yang bertindak menerima kemasukan 'pengkhianat' parti lawan ke dalam PKR secara membuta tuli.
Jelas Exco Kerajaan Negeri Terengganu itu, beliau hairan dengan sikap Saifuddin yang begitu teruja mengumumkan kemungkinan lebih ramai pemimpin Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) bakal menyertai parti itu, pada saat akar umbi PKR sendiri meragui tindakan sedemikian.