Saya tidak mahu murid makan dalam stor, tempat tidak wajar - Fadhlina

Iklan
Fadhlina

KUALA LUMPUR - Arahan operasi kantin sekolah sepanjang Ramadan termaktub dalam Pekeliling Pengurusan Kantin Sekolah yang menetapkan ia perlu dibuka sepanjang sesi persekolahan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan, perkara itu bukan dasar baharu dan hanya dilaksanakan untuk sekolah yang mempunyai pelajar bukan Islam.

Iklan
Iklan

"Bagi pelajar Islam yang berpuasa pula akan diuruskan guru, tiada masalah langsung dalam urusan ini dan paling penting membina ekosistem saling memahami, memperkuat, memperkukuh dan menghormati satu sama lain," katanya ketika sidang Dewan Rakyat pada Rabu.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab isu yang dibangkitkan Salamiah Mohd Nor (PN-Temerloh) mengenai arahan pembukaan kantin sekolah sepanjang bulan puasa.

Iklan

Sementara itu mengenai sekolah vernakular, Ahli Parlimen Nibong Tebal itu menegaskan, tidak timbul isu sekolah berkenaan menggunakan silibus berbeza dengan sekolah kebangsaan.

"Sekolah vernakular ini sekolah yang diiktiraf di bawah Akta Pendidikan yang mana antara lain untuk memperkukuhkan bahasa ibunda masing-masing, jadi tiada isu langsung sekolah ini ada masalah dan mengikuti silibus berbeza.

Iklan

"Silibusnya sama silibus KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) jadi jangan buat tuduhan yang bersifat ghulu (berlebih-lebihan) di dewan ini jika tiada fakta.

"Silibus sama, tiada masalah malah Akta Pendidikan benarkan dan keputusan mahkamah baru-baru ini pun benarkan," tegasnya.

Mengenai bahasa Melayu, Fadhlina memberi jaminan KPM akan memberi komitmen penuh untuk memastikan semua pelajar boleh menguasainya dengan baik.

"Saya sudah mengarahkan Dewan Bahasa dan Pustaka memberi tumpuan sepenuhnya dalam program memperkasa dan memartabatkan bahasa Melayu," ujarnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28