ARRC 2024: Damok galas cabaran bersama BSH Racing Team

Iklan
Syarifuddin Azman

PELUMBA negara Syarifuddin Azman atau Damok bakal menyertai perlumbaan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) kelas AP 250cc bersama rakan sepasukan Md Irfan Haykal musim ini.

Perkara itu disahkan menerusi kenyataan rasmi Idemitsu Boon Siew Honda (BSH) Racing Team sekali gus mengakhiri teka-teki perjalanan karier pelumba negara itu yang tidak bersaing MotoGP Kelas Moto3.

Iklan
Iklan

Sementara itu, Md Zaqhwan Zaidi terus diberi kepercayaan beraksi dalam kelas perdana ASB1000 bersama jentera baharu Honda CBR1000RRR 2024 manakala Md Helmi Azman dan Azroy Hakeem Anuar bakal beraksi dalam kelas SS600cc bersama jentera Honda CBR600RR.

Sebagai rekod, pusingan pembukaan kejuaraan ARRC akan berlangsung di Litar Antarabangsa Chang, Thailand pada 15 hingga 17 Mac ini.

Iklan

Dalam pada itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BSH, Mitsuharu Funase meletakkan sasaran tinggi bagi memburu pelbagai kejayaan sekali gus menjadikan 2024 tahun kejayaan pasukan tersebut.

"Kami sasarkan untuk muncul juara keseluruhan kelas SS600. Pelumba kami mempunyai pengalaman dan semangat juang tinggi manakala Syarifuddin dalam kelas AP250 menjanjikan aksi konsisten,” katanya.

Iklan

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28