Air balang pelbagai negara curi tumpuan

Iklan
Deretan air balang pelbagai perisa diberi nama mengikut negara dan lokasi.

BESUT - Keunikan air balang pelbagai perisa yang diberi nama mengikut negara dan lokasi berjaya mencuri tumpuan pengunjung bazar Ramadan Kota Putera, di Kampung Raja dekat sini.

Mohd Saufi Mat Ghani, 54, menyatakan antara jenis air yang dijual ialah teh hijau dan teh beng Thailand, Mangga Bangkok, Katira Singapura dan kopi beng Afrika.

Iklan
Iklan

"Selain itu, kita juga menggunakan nama lokasi lain seperti Laicikang Utaroo, Barli mix Borneo, strawberi Cameron Highlands dan sebagainya.

Mohd Saufi (kanan) menyiapkan air balang untuk dijual.

"Idea ini tercetus daripada anak sulung saya iaitu Azzam Nur Hakim Mohd Saufi yang ingin membawa suatu kelainan ketika berniaga di bazar Ramadan pada tahun ini.

Iklan

Mengulas lanjut, Mohd Saufi berkata, dia turut menyediakan pelbagai perisa minuman mengikut selera pelbagai peringkat lapisan umur.

Pelanggan tidak melepaskan peluang membeli air balang.

Selain itu, katanya, jumlah air balang yang dijual pada tahun ini adalah sebanyak 40 buah balang.

Iklan

"Pertambahan jumlah air balang ini juga meningkatkan jumlah ais yang digunakan yang mencecah sehingga 400 beg ais sehari iaitu setiap satunya seberat 10 kilogram.

"Selain itu, kita juga masih mengekalkan harga lama iaitu RM5 bagi satu plastik atau satu gelas air bersaiz besar tanpa mengira perisa," ujarnya.

Mohd Saufi yang mempunyai pengalaman berniaga air balang lebih 20 tahun itu berkata, permintaan terhadap minuman tersebut meningkat berlipat kali ganda ketika bulan Ramadan.

Antara air balang pelbagai perisa yang diberi nama mengikut negara.

"Ia semakin bertambah dengan strategi penjenamaan air yang dilakukan menerusi nama air balang yang unik mengikut nama negara ini.

"Walaupun kita tahu sekarang ini hadapi cabaran untuk dapatkan bekalan gula yang mana ia merupakan bahan penting diperlukan untuk berniaga air balang.

"Jadi pelbagai inisiatif digunakan untuk mendapat bekalan gula termasuk membeli di setiap kedai di daerah ini dengan jumlah yang terhad," jelasnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28