Clinelle perkenal rangkaian formula baharu WhitenUp

Iklan
Dari Kiri:Pengarah Eksekutif EIG Pharma Asia Sdn Bhd, Janet Chieng; Pengarah Perdagangan Watsons Malaysia, Foo Hwei Jiek; Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif EIG Pharma Asia Sdn Bhd, Roderick Chieng; Pelakon, Shima Anuar; Pengurus Besar Kanan EIG Pharma Asia Sdn Bhd, Corina Lee; Selebriti, Vivian Liu ketika Pelancaran Peningkatan Formula Rangkaian Clinelle WhitenUp.

SHAH ALAM - Produk penjagaan wajah, Clinelle memperkenalkan set penjagaan kulit lengkap iaitu Clinelle WhitenUp yang tampil dengan peningkatan formula baharu kepada pengguna.

Pengurus Besar Kanan Esthetics International Group Berhad (EIG) Pharma Asia, Corina Lee berkata, rangkaian produk dengan slogan ‘Brighten Up for Glow’ itu memberi kesan pencerahan dan mengekalkan penghidratan kulit sepanjang penggunaan formula tersebut.

Iklan
Iklan

Ujar Corina, kajian menunjukkan bahawa penggunaan rangkaian Clinelle WhitenUp itu juga mampu mengurangkan pigmentasi dan bintik-bintik hitam dalam masa tiga hari kepada pengguna.

Peningkatan Formula Rangkaian Clinelle WhitenUp.

"Kami sangat teruja untuk memperkenalkan rangkaian peningkatan formula penjagaan kulit WhitenUp kepada pengguna yang menginginkan kulit yang lebih cerah dan berseri.

Iklan

"Dengan gabungan empat bahan utama, kami menjangkakan pelanggan kami akan menyukai hasil transformatif yang ditawarkan oleh produk kami,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Peningkatan formula Clinelle WhitenUp dirumus khas dengan Triple Vitamin C Complex, gabungan bahan-bahan berkesan yang dapat mencerahkan warna kulit dan mengurangkan bintik-bintik hitam dengan hanya satu penggunaan.

Iklan
Selebriti Malaysia Shima Anuar dan Vivian Liu berserta para pempengaruh menyertai bengkel gubahan bunga pada majlis pelancaran Clinelle WhitenUp.

Rangkaian produk berkenaan terdiri daripada WhitenUp Brightening Cleanser, WhitenUp Brightening Toner, WhitenUp Brightening Serum, WhitenUp Brightening Day Cream SPF27 dan WhitenUp Brightening Night Cream.

"Sebagai artis yang sibuk dan sering terdedah bawah cahaya matahari semasa penggambaran luar, rangkaian WhitenUp ini yang mengandungi Triple Vitamin C Complex dan 5x Brightening Action telah mencerahkan tona kulit saya.

"Teksturnya ringan, meresap cepat pada kulit dan saya perasan pengurangan ketara bintik-bintik hitam saya,” ujarnya.

Sementara itu, pencipta kandungan dan pelakon, Vivian Liu berkata, penjagaan kulit yang sihat dan lembap amat penting kepada semua lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca panas.

"Sebelum ini, saya rasa produk pencerahan akan mengeringkan kulit saya tetapi selepas mencuba produk rangkaian WhitenUp Clinelle, saya mendapati ia tidak mengeringkan kulit saya langsung.

"Penjagaan kulit adalah penting untuk semua, bukan sahaja untuk selebriti. Untuk mendapat kulit yang sihat, ia perlulah dari dalaman dan luaran dengan diet seimbang dan juga menggunakan produk penjagaan kulit yang baik,” jelasnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28