Iftar Ala Madinah @Karangkraf beri pengalaman baharu

Iklan
Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf membuka tirainya pada Rabu.

SHAH ALAM - Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf membuka tirainya pada Rabu dengan kehadiran pengunjung yang teruja merasai pengalaman baharu untuk berbuka puasa beramai-ramai ala Madinah.

Kakitangan kerajaan, Ahmad Ramadhan Mohd Lokoman, 42, berkata, kehadirannya ke Kompleks Kumpulan Karangkraf itu bukan sahaja mahu menikmati juadah yang disediakan, namun meluangkan masa mencipta memori baharu bersama isteri dan tiga orang anaknya.

Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf 2024 bermula 13 Mac hingga 4 April terbuka kepada 1,000 tetamu sehari.

Iklan
Iklan

"Kali pertama saya sertai program berbuka puasa ramai-ramai di tempat umum seperti ini kerana sebelum ini hanya bersama keluarga dan rakan-rakan sahaja jadi saya ajak isteri untuk cuba sesuatu baharu.

Tetamu yang hadir berbuka puasa dalam program Iftar ala Madinah @Karangkraf di Dataran Karangkraf, Shah Alam di sini pada Rabu.

"Apabila dapat tahu sahaja program ini daripada kawan-kawan, saya terus daftar dan Alhamdulillah dapat juga peluang untuk sertai kerana saya difahamkan tempat adalah terhad.

Orang ramai beratur mendapatkan minuman yang disediakan.

Iklan

Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf 2024 bermula 13 Mac hingga 4 April terbuka kepada 1,000 tetamu sehari bagi memberi peluang kepada orang ramai merasai pengalaman berbuka puasa seperti di Masjid Nabawi, sekali gus mampu mengeratkan hubungan silaturahim sesama masyarakat.

Ahmad Ramadhan bersama isteri dan tiga orang anaknya.

Program itu akan bermula pada jam 6 petang setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad di Dataran Karangkraf, Seksyen 15, di sini.

Iklan

Sementara itu, menurut pegawai khidmat pelanggan, Nur Azliana Azmir, 40, program itu memberi peluang kepadanya untuk beramah mesra dengan pengunjung dan bertukar-tukar juadah.

Orang ramai teruja menikmati juadah yang disediakan.

"Tahun lepas saya pernah sertai program ini dan seronok dapat berbuka puasa beramai-ramai jadi kali ini saya datang lagi bersama suami dan dua orang anak.

"Selain dapat menikmati juadah percuma yang sedap, saya juga dapat kenal dengan orang baharu dan berkongsi juadah yang dibawa.

Orang ramai turut datang bersama ahli keluarga.

"Malah, kami juga tinggal di Sungai Buloh tetapi bekerja di sini (Shah Alam), selalunya tidak sempat untuk berbuka puasa bersama dengan keluarga, jadi saya bawa bersama keluarga,” ujarnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28