Hari luka Palestin: Lebih 72,000 rakyat Palestin cedera dalam tempoh lima bulan

Iklan
Bangunan musnah akibat pengeboman berterusan Israel ke atas Semenanjung Gaza. Foto: AFP

RAMALLAH - Angka kecederaan kalangan rakyat Palestin kini melebihi 72,000 hanya dalam tempoh lima bulan sejak pengeboman berterusan Israel ke atas Semenanjung Gaza bermula 7 Oktober lepas.

Iklan
Iklan

Lebih menyayat hati apabila kali ini, puluhan ribu rakyat Palestin di Gaza yang terluka dan cedera angkara pelanggaran Zionis Israel terhadap semua undang-undang dan norma antarabangsa, tiada akses rawatan dan hanya mampu dibiarkan berdarah yang selalunya berakhir dengan kematian.

Menurut Biro Perangkaan Pusat Palestin (PCBS), jumlah tidak konkrit angka kecederaan di Semenanjung Gaza kini dicatat melebihi 72,760 orang, selain beribu lagi masih hilang di bawah runtuhan.

Iklan

"Jumlah kematian mencecah 31,112, yang majoritinya kanak-kanak dan wanita,” menurut PCBS dalam kenyataan dipetik Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Menurut PCBS berbanding pada 2022, sebanyak 10,587 kecederaan direkodkan dalam kalangan rakyat Palestin.

Iklan

Daripada angka ini, 2,027 telah dipindahkan ke hospital manakala 8,560 telah dirawat di lokasi.

Keadaan bangunan di Gaza musnah akibat pengeboman tentera Israel. Foto AFP

Sementara 2021 pula mencatat lebih 16,500 kecederaan dalam kalangan rakyat Palestin akibat kekejaman tentera dan penerokaan haram Israel.

"Kira-kira 3,095 daripadanya dipindahkan ke hospital, termasuk 964 di Tebing Barat dan 2,131 di Gaza,” katanya.

Menurut kenyataan itu, pencerobohan Israel terhadap Semenanjung Gaza pada 2014 menyebabkan kira-kira 11,000 cedera, sementara dalam perang 2012 (1,526 cedera) dan 2008 (5,450 cedera).

Sementara jumlah yang cedera dalam tempoh enam tahun antara 1987 dan 1993 adalah kira-kira 130,000.

Kenyataan berbahasa Arab PCBS dikeluarkan sempena memperingati sambutan Hari Luka Palestin yang jatuh pada 13 Mac setiap tahun sebagai penghormatan kepada mereka yang cedera, menghargai pengorbanan dan penderitaan Palestin yang berterusan, selain sebagai peringatan kepada dunia tentang jenayah pendudukan Israel. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28