BEIJING - Tindakan seorang wanita di China yang tidur dengan memainkan muzik dalam fon kepala setiap malam membawa padah apabila dia disahkan pekak sehingga terpaksa bergantung dengan alat bantuan pendengaran selama-lamanya.
Baru-baru ini, Wang yang berasal dari Shandong bekerja sebagai setiausaha di sebuah firma tempatan telah pergi mendapatkan pemeriksaan telinga selepas menyedari dia mengalami masalah pendengaran.
Sebelum membuat pemeriksaan itu, dia menyedari penyelianya seperti sedang berbisik semasa mesyuarat berlangsung selain tidak memahami patah perkataan yang diucapkan rakan-rakannya.
Ketika ditanya sama ada dia mengalami sebarang trauma atau mendengar bunyi kuat dalam tempoh masa lama, Wang berkata dia hanya memainkan muzik di fon kepala setiap malam semasa tidur.
"Semasa di kolej, tabiat saya tidur sambil mendengar muzik. Sebaik muzik bermula, saya akan terus tertidur sepanjang malam.
" Ia sudah menjadi kebiasaan dan melakukannya selama dua tahun," kata Wang.
Pengarah Jabatan Otolaryngology memberitahu akhbar China, The Paper bahawa wang kehilangan pendengaran disebabkan muzik yang didengarinya setiap malam.
Katanya, Walaupun bunyinya dikawal supaya tidak berlebihan, telinga telah mengalami bunyi bising untuk jangka masa yang lama dan ini akhirnya menyebabkan kerosakan pendengaran kekal. - Agensi
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28