SHAH ALAM - Roti john dan martabak antara juadah popular di bazar Ramadan yang mengalami peningkatan pada tahun ini.
Berdasarkan tinjauan Sinar Harian di bazar Ramadan Seksyen 13, ada roti john ayam dan daging dijual pada harga RM10 manakala RM15 bagi kambing, berbanding tahun sebelumnya masing-masing RM8 serta RM10.
Martabak ayam dan daging pula berharga RM7 berbanding tahun sebelumnya iaitu RM5 atau RM6.
Selain itu, tepung pelita mengalami kenaikan RM1 bagi setiap peket mengandungi enam ketul iaitu RM5.
Air tebu yang menjadi tarikan pelanggan turut menunjukkan kenaikan harga iaitu sehingga RM2 sebotol bagi 1.25 liter.
Sementara itu, bagi makanan berat seperti nasi tomato turut mengalami kenaikan harga RM2 daripada tahun sebelumnya iaitu RM8 kepada RM10.
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28