Isu kantin: Beri ruang KPM laksanakan tugas

Iklan
Laporan Sinar Harian.

AWAL minggu lepas riuh sungguh sebaik Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memaklumkan kantin sekolah akan beroperasi seperti biasa sepanjang bulan Ramadan.

Tinjauan reaksi pengguna media sosial mendapati rata-rata kurang senang dengan pengumuman itu sehingga menimbulkan perdebatan dalam kalangan netizen.

Iklan
Iklan

Turut respons terhadap pengumuman itu, Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Ahmad Yahaya menyifatkan pengumuman itu 'keterlaluan' dan tidak menghormati Ramadan.

Sebelum ini, media melaporkan Fadhlina menasihatkan pengusaha kantin sekolah untuk terus meneruskan operasi sepanjang bulan Ramadan walaupun sekolah berkenaan mempunyai kurang dari 10 peratus pelajar bukan Islam.

Iklan

Langkah ini katanya, adalah penting proses untuk memahamkan pelajar bukan Islam mengenai ibadah yang dijalani rakan beragama Islam agar mereka saling hormat menghormati antara satu sama lain.

Di samping itu katanya, anak-anak Muslim walaupun mereka harus dididik berpuasa, tetapi yang belum baligh tidak diwajibkan berpuasa dan mengelakkan insiden sebelum ini di mana anak-anak bukan Muslim terpaksa makan di tandas dan tempat-tempat tidak sesuai sewaktu bulan Ramadan.

Iklan

Sebagai orang dewasa dan matang, orang awam juga perlu memberikan ruang kepada Kementerian Pendidikan (KPM) melakukan perubahan dalam sistem pendidikan dan sekiranya kita dapati tidak sesuai gunakanlah saluran lebih ilmiah untuk menyampaikan pendapat.

Tugas berat ini perlu digalas KPM terutama urus selia perubahan dalam pendidikan dan mengurus persepsi awam dengan cabaran media sosial tanpa sempadan.

Isu pendidikan tidak boleh terkait dengan politik dan perlu berdiri sendiri.

Mana-mana pihak termasuk pemimpin di blok pembangkang mahupun kerajaan tidak boleh mengganggu ekosistem sekolah.

KPM perlu diberikan ruang untuk melaksanakan tanggungjawab serta mengutamakan proses pendidikan dalam menyebarkan nilai kemanusiaan.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28