[VIDEO] 'Ponti Jibam-jibam Melaka' bukti kerja keras Mohd Saifen

Iklan

MELAKA - Disebalik keceriaan menghiburkan orang ramai dengan memakai kostum pontianak di Jalan Jonker Banda Hilir di sini, namun siapa sangka ada kisah duka yang disembunyikan individu itu.

Mohd Saifen Mohamed, 40, atau lebih dikenali dengan nama 'Ponti Jibam-jibam Melaka' sentiasa menyapa dan menghiburkan pelancong pada setiap malam di dengan pelbagai aksi bersahaja termasuk menyanyi dan berpantun.

Iklan
Iklan
Mohd Saifen memakai kostum pontianak dan menghiburkan orang ramai yang lalu lalang di Jalan Jonker, Banda Hilir.

Menurutnya, sebelum ini dia mempunyai pekerjaan tetap sebagai penghantar surat di sebuah agensi milik kerajaan negeri, namun segalanya berubah selepas terpedaya dengan scammer tambah nilai pada tahun 2010.

Mohd Saifen

Katanya, bermula dari saat itu, dia terpaksa menanggung banyak kerugian termasuk membayar pinjaman bank sebanyak RM200,000 sehinggakan terpaksa mendapatkan perkhidmatan Agensi Kaunseling Perkhidmatan Kredit (AKPK) untuk melunaskan pinjaman tersebut.

Iklan

"Namun kerana tidak mahu menyusahkan rakan sekerja lain lebih-lebih lagi saya terpaksa mengambil cuti pada setiap Jumaat untuk menyertai jemputan ke Singapura, jadi saya ambil keputusan berhenti kerja," katanya ketika ditemui di rumahnya di Balai Panjang, di sini, pada Rabu.

Dia yang juga bapa kepada dua cahaya mata, berkata, selepas itu dia lebih komited menghiburkan orang ramai dengan cara tersendiri demi untuk melunaskan pinjaman bank selain tanggungjawab menyara keluarga.

Iklan
Mohd Saifen atau lebih dikenali dengan panggilan 'Jibam Ponti' begambar bersama peminatnya di Jalan Jonker.

Menurutnya, tidak pernah memaksa orang ramai untuk memberikan sumbangan dan tugas menghiburkan kerana mahu meraikan pelancong-pelancong yang datang ke Melaka.

Malah katanya, ada peminat yang mengikutinya di platform perkongsian video Tiktok juga sanggup datang ke negeri ini semata-mata untuk bertemunya dengan lebih dekat.

"Secara tidak langsung dengan cara ini kita dapat bantu kerajaan negeri mempromosikan Melaka dan tambahkan bilangan pelancong.

"Walaupun sekadar menghiburkan, namun saya juga telah beberapa kali membuat permohonan lesen kepada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) sebelum ia diluluskan," katanya yang turut dikenali dengan panggilan Jibam.

Ujarnya, idea menggunakan kostum pontianak kerana sejak zaman sekolah dia suka menyakat rakan-rakan dan pernah terlibat dalam program 'burung hantu' anjuran Sahabat Belia Melaka.

Mohd Saifen menata rias sendiri wajahnya.

Jelasnya, segalanya dilakukan sendiri termasuk solekan pontianak, dan bersyukur keluarga sentiasa menyokong usaha yang dilakukan demi kelangsungan hidup.

Katanya, sepanjang Ramadan ini juga dia akan berada di Singapura bagi menghiburkan orang ramai pada festival dan karnival Aidilfitri yang dianjurkan di negara jiran itu.

"Terima kasih yang menyokong kerjaya saya ini dan apa sahaja kritikan negatif saya terima kerana apa yang saya lakukan nawaitu untuk keluarga kecil saya," ujarnya lagi.