'Kehadiran pengunjung di bazar Ramadan perlahan'

Iklan
Rata-rata peniaga menyifatkan jumlah kehadiran pengunjung pada hari pertama puasa sedikit perlahan berbanding tahun lepas.

TEMERLOH - Peniaga di bazar Ramadan Bukit Desa Semantan di sini menyifatkan jumlah kehadiran pengunjung pada hari pertama puasa sedikit perlahan pada tahun ini berbanding tahun lepas.

Seorang peniaga sup gearbox, Ab Rahman Md, 58, berkata, suasana lebih meriah pada hari pertama tahun sebelumnya.

Iklan
Iklan
Ab Rahman bersama sup gearbox yang dijualnya.

"Sebagai peniaga kena hadapi situasi ini dan macam saya sendiri memilih untuk terus kekalkan harga macam gearbox saya, RM25 hingga RM27 satu ikut saiz," jelasnya.

Hafiza

Seorang peniaga minuman, Hafiza Hafizuddin, 34, turut mengakui kehadiran pengunjung tidak semeriah dulu pada hari pertama puasa.

Iklan

"Memang nampak ketara perbezaannya berbanding tahun lepas," katanya sudah dua tahun meniaga di bazar tersebut.

Ujarnya, tahun ini dia terpaksa menjual dengan harga RM4 sebungkus berbanding RM3 pada tahun lalu.

Iklan
Zamrul

Sementara itu, bagi seorang pengunjung, Zamrul Amir Tosin, 52, menyifatkan harga yang ditawarkan masih kekal seperti dulu.

"Cuma saya nampak ada kuih yang dijual pada saiz lebih kecil," tambahnya.

Amir

Seorang lagi pengunjung, Amir Ashraf,18 turut berpuas hati kerana tiada kenaikan harga berlaku.

"Banyak saya tengok harga tetap kekal macam tahun lepas," ujarnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28