Ujian perubahan kelakuan pelajar
Iklan
MINGGU ini kita menyaksikan pembukaan sekolah penggal pertama untuk sesi 2024. Kolum ini dua minggu lalu telah mula membicarakan mengenai isu dan cabaran pendidikan pada tahun ini.
Antara perkara penting yang disentuh adalah kebimbangan beberapa guru besar dan ibu bapa yang menggesa kerajaan meneliti semula keperluan mewujudkan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).