GERGASI Bundesliga Jerman, Borussia Dortmund mengesahkan kemaraan selepas menyingkirkan cabaran kelab Belanda, PSV Eindhoven dalam perlawanan pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara di Westfalenstadion pada Khamis.
Kemenangan 2-0 angkatan Edin Terzic membolehkan juara edisi 1996/97 itu mara dengan agregat 3-1 selepas terikat 1-1 semasa skuad asuhan Peter Bosz berkunjung di Stadium Philips pada 21 Februari lalu.
Iklan
Iklan
Jadon Sancho terlebih dahulu meletakkan tuan rumah di depan dengan gol pada minit kelapan bagi memimpin separuh masa pertama.
Separuh masa kedua, Die Schwarzgelben meningkatkan intensiti serangan bagi melebarkan jaringan yang akhirnya dijelmakan Marco Reus minit ke-95.
Keputusan penting itu menyaksikan kelab Jerman tersebut mara ke peringkat lapan terakhir manakala PSV terkeluar daripada pertandingan.