Bufet Ramadan naik harga namun masih dapat sambutan

Iklan
Haziz (berdiri) beramah mesra dengan anak-anak yatim yang diraikan oleh Hotel D'Wharf.

PORT DICKSON - Meskipun berlaku sedikit peningkatan pada harga bufet Ramadan tahun ini, namun permintaan dan sambutan orang ramai masih menggalakkan.

Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Negeri Sembilan, Haziz Hassan berkata, kebanyakan hotel telah pun mendapat tempahan awal daripada pelanggan terutama daripada syarikat-syarikat yang mahu meraikan pekerja mereka.

Iklan
Iklan

"Lagi pun kenaikan harga bufet antara 10 ke 15 peratus di kebanyakan hotel di sini masih lagi berpatutan dan yang penting kita jaga kualiti kita," katanya kepada Sinar Harian ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim di Hotel D'Wharf, di sini pada Rabu.

Anak-anak yatim diraikan Hotel D'Wharf untuk berbuka puasa.

Menurutnya, tanpa adanya tawaran bufet Ramadan, agak sukar untuk pengusaha hotel cari makan kerana tempahan mengadakan seminar atau kursus sepanjang bulan ini agak berkurangan.

Iklan

Justeru itu katanya, pengusaha perlu terus tawarkan bufet Ramadan meskipun menyedari berdepan risiko tidak mendapat sambutan berikutan harga yang terpaksa dinaikkan.

"Tapi Alhamdulillah, sambutan itu ada dan ada sesetengah hotel yang bisnes mereka lagi baik pada bulan Ramadan kerana permintaan bufet disediakan,"katanya.

Iklan

Sementara itu pada majlis berkenaan, seramai 30 anak yatim dari Yayasan Anak Yatim dan Yatim Piatu Port Dickson diraikan oleh Hotel D'Wharf

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!